MATEMATIK TIDAK PERNAH MENIPU (KOS MEMILIKI VELLFIRE VS SEWA VELLFIRE)


Asalamualaikum dan selamat sejahtera, setelah sekian lama blogspot #wadrianglobalagency ini sunyi tanpa penulisan apa-apa sahaja. kali ini datang idea untuk berkongsi padangan pada semua rakan yang bercita-cita ingin memiliki vellfire/Alphard baru. Moga dapat ambil menfaatnya. Silakan kongsi sekiranya bermanfaat.

Pertama sekali dalam pembelian sebuah kenderaan perlu memikirkan apa tujuan pembelian kenderaan tersebut, ini adalah contoh sekiranya tuan puan membeli sebuah MPV mewah Velfire/Alphard bagi tujuan keselesaan keluarga untuk pulang ke kampung atau berjalan untuk memberikan keseronokan dan keselesaan anak bini. Kebiasaannya orang yang telah menggunakan velfire/Alphard ni memang susah nak downgrade kepada MPV lain.

Kebiasaan matlamat utama memiliki sebuah vellfire adalah KESELESAAN.. ingat KESELESAAN..


 "Matematik Tidak Pernah Menipu Kita. Ilmu matematik ada banyak dalam Al-Quran. Cuma kau gunakan ilmu ini untuk hidup, atau kau gunakan ilmu ini untuk nafsu". 


Jom kami kongsikan kiraan secara kasar perbelanjaan tahunan untuk memiliki sebuah kereta idaman, 

1. Jika kita beli vellfire/Alphard recond 2.5cc 2019 harganya sekitar RM250,000 (harga aggaran dalam Facebook Market place tau mudah.my) pada masa ini.

RM3000 sebulan pinjaman (RM36,000 setahun)
RM7000 setahun insuran
RM839.20 setahun cukai jalan
RM400 purata maintanance (RM4800 setahun)
kiraan anggaran tahunan ialah lebih kurang 40K, kira-kira kasar dia kurang2 kena guna RM4k sebulan.

Ini tidak termasuk upgrading, sportrim, sound system, ekzos dan sebagainya yang lazim dibuat oleh pemilik kenderaan ini.


Jika kenderaan ini kita gunakan selama 9 tahun, kos keseluruhan adalah dalam RM400k anggaran tidak termasuk kerosakan jika ada. 

(+/- harga insuran mengikut nilai kenderaan)

2. Kenderaan ini akhirnya akan teringgal dari segi rupa bentuk juga nanti dan pasti ada keluaran baru yang lebih menawan. Waktu itu jiwa kita meronta-ronta untuk memiliki keluaran baru pula. Itulah sifat manusia.

3. Secara purata, sebagai manusia kita akan pulang ke kampung atau berjalan dalam setahun sebanyak6 kali dalam setahun. kiraan purata akan berjalan atau balik kampung sebanyak 24 hari(biasa kerja makan gaji cuti setahun 25 hari ðŸ˜…) .

4. Keseluruhan penggunaan kenderaan vellfire ini dalam lingkungan 24 hari dalam setahun. Selain dari itu, kenderaan ini hanya di parking dan tidak sesuai untuk kegunaan harian. Saiznya besar dan penggunaan petrol yang tidak ekonomi. underutilize. ni boleh ambil pakej insurans Etiqa yang ada rebate untuk kurang kegunaan kenderaan ðŸ˜….

5. Waktu ini, vellfire baru boleh disewa dengan kadar purata RM700 sehari. Untuk kegunaan selama 24 hari kita hanya perlu kos sewaan RM16,800 sahaja tanpa memikirkan keperluan baikpulih, roadtax, insurans, tayar dan sebagainya. Kita spend hanya 40% sahaja berbanding memilikinya secara total.


"Matlamat memandu vellfire untuk apa? Dapat tak KESELESAAN ?
Adakah perlu miliki? Jika mampu untuk tanggung dan mempunyai wang yang berlebihan, silakan.".

Berfikir secara realistik itu sebenarnya mudah sahaja, tetapi berfikir dengan nafsu dan kehendak itu yang susah. 


Nota : Abaikan posting ini jika kau mahu jadikan vellfire sekiranya pendapatan sebulan memang 20K sebulan yang sememangnya mempunyai kemampuan dan menggunakan kenderaan MPV ini pada setiap minggu atau harian, penulisan ini adalah untuk golongan yang beli ikut tren atau nafsu semata-mata. 




Comments

Popular posts from this blog

Senarai Harga Roadtax Di Semanjung Malaysia

10 TIps Penjagaan Kenderaan

4 Tips Penjagaan Tayar Supaya Tahan Lebih Lama