Beli Kereta Mahal tetapi insurans nak murah
Kisah Benar daripada sumber FB bernama Geld Gleichgesinnten. Kita semua boleh jadikan iktibar supaya tidak ramai lagi yang mengatakan mereka sering ditipu oleh pihak insurans, jangan kerana nak jimat pada masa sekarang teteapi susah kemudian hari. Beli Volkswagen makan diri jika beli tanpa insurans dengan terma "agreed sum insured" Dunia aku rasa gelap pada malam aidilfitri lepas. Bila aku keluar dari kereta selepas kereta terbabas dan jatuh ke dalam gaung (10 meter), isteri aku berlari keluar kereta sambil menangis mencari anak-anak yang tercampak keluar dari kereta waktu kereta bergolek 3 kali ke bawah gaung dari atas jalan. Syukur, hanya cedera dan pendarahan tapi seberang benda yg lebih buruk lagi berlaku pada anak anak. Video kemalangan di sini : https://youtu.be/xSEjAWyeQx4 Malam tu, urusan kemalangan aku Allah mudahkan. Dari ambulans, bantuan orang kampung, wad kecemasan, laporan polis, laporan insurans, kumpul dokumen untuk insurans claim dan rawatan susul...