Posts

Showing posts from January, 2019

Apa Itu NCD

Apa itu NCD? Diskaun tanpa tuntutan atau no claim discount (NCD) adalah diskaun yang diberikan oleh syarikat insurans kepada pemilik kenderaan (pemegang polisi) jika tidak menuntut sebarang tuntutan selama 12 bulan. Ia juga dipanggil sistem bonus malus (BMS). Kadar diskaun yang diberikan berbeza bagi kereta dan motor. Diskaun yang diberikan juga adalah dalam jumlah peratus (%). Untuk kereta, contoh kadar peratus adalah seperti berikut : Tahun pertama – 0 % Tahun kedua – 25 % Tahun ketiga – 30 % Tahun keempat – 38.33 % Tahun kelima – 45 % Tahun keenam – 55 % (maksimum) Manakala untuk motor pula adalah seperti berikut : Tahun pertama – 0 % Tahun kedua – 15 % Tahun ketiga – 20 % Tahun keempat – 25% (maksimum) NCD merupakan antara penentu harga insurans murah atau mahal. Semakin banyak peratus NCD, semakin rendah harga insurans. Antara faktor NCD kembali semula (reset) kepada 0% adalah jika pemilik kenderaan membuat tuntutan disebabkan kemalangan, kecurian dan kebakara...

Sekiranya berlaku kemalangan dengan kenderaan tanpa insurans

Image
Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner, kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia! Adoi.. dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim? Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi ... Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB) MIB tu apa? Syarikat insurans ke? Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans. MIB dapat duit dari mana? MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB. Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye? Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu: 1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam. 2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar. 3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian. 4. Jika kita appoint peguam dan nak s...

Cara Buat Claim Kereta Kemalangan Accident

Image
Gambar Mr Google Hari ini saya nak berkongsi cerita tentang Cara Claim Insurans jika kenderaan terbabit kemalangan atau kehilangan. Ramai orang tahu bagaimana untuk membeli INSURANS KENDERAAN tetapi tidak ramai yang tahu cara untuk membuat Claim INSURANS KENDERAAN anda secara BETUL jika terbabit kemalangan atau kehilangan Anda mungkin seorang pemandu yang sangat cermat, kerana anda beranggapan bahawa akan menjadi remeh serta menyusahkan anda jikalau kemalangan terjadi pada anda. Kita harus ingat bahawa malang tidak berbau, jadi kita harus sediakan payung sebelum hujan. Tiada siapa pun yang dapat jangkakan kemalangan akan berlaku. cara claim kemalangan kereta Terdapat 3 Jenis Polisi Insurans Takaful kereta: 1)   First Party  – melindungi kehilangan, kerosakan kereta, kecederaan dan kematian pihak anda serta pihak ke-3 iaitu kenderaan yang terlibat dengan anda ketika kemalangan. 2) Third Party, Fire & Thief - Melindungi kehilangan, kebakaran kepada ...

4 Tips Penjagaan Tayar Supaya Tahan Lebih Lama

Image
Tayar yang bermasalah seperti botak dan sebagainya bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah berbahaya kepada anda. Memastikan tayar berada dalam keadaan baik adalah satu aspek penting dalam penjagaan kereta. Penggunaan tayar yang bermasalah seperti botak dan sebagainya bukan sahaja menyalahi undang-undang, malah berbahaya kerana ia boleh menjadi punca kemalangan. Berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan tayar berfungsi secara optimum dan tahan lebih lama. 1.Penggiliran tayar Penggiliran tayar (tyre rotation) iaitu menukar tayar depan ke belakang dan sebaliknya dapat memastikan ‘wear and tear’ yang sama rata sekali gus memanjangkan jangka hayat. Ini kerana tayar hadapan menanggung beban yang lebih besar dan akan menjadi haus dua kali ganda lebih cepat daripada tayar belakang. Penggiliran tayar harus dilakukan setiap 8,000 hingga 10,000km. 2.Tekanan angin Ada dua sebab mengapa anda perlu pastikan tekanan angin tayar senti...

Cuckoo Air Purifier Purpose

Image
Hi... Warmest Greetings from Cuckoo International (MAL) Sdn. Bhd. Attached herewith the details of the proposed for 3 Cuckoo Air Purifier Models: i. B Model Cordless ii. C model iii. C Model Humidify i. B Model Cordless Malaysia’s 1st cordless air purifier with periodic service If you love someone, set them free — free to breathe purified air in any room and any corner with the B Model Cordless’ revolutionary 8-hours-per-charge cordless operation. Features Cordless Operation: 8 hours per charge Upgraded Ultra PM2.5 Filter: Eliminates up to 99.95% of airborne dust Plasma Ioniser: Turns harmful substances into clean air 5-filter & 8-level Filtration System Multiple Operating Modes Voice Guide with 3 Languages Plethora of Convenient Function Specifications Model B MODEL CORDLESS Usage Time About 8 hours (Maximum operating time with sleep mode engaged) Charging Time About 3 hours Usage Area Indoors Reach Are...

APA ITU NCD

Image
FAHAMI INSURANS KENDERAAN ANDA: APA ITU NCD? C Setiap kenderaan yang anda miliki pastinya anda akan mempunyai polisi insurans untuk melindungi kenderaan tersebut. Polisi insurans ini kebiasaannya ditetapkan mengikut harga semasa anda membeli kenderaan tersebut. Kenderaan baru akan memiliki harga polisi yang tinggi kerana ia merupakan kali pertama anda membayar polisi insurans tersebut. Perlindungan daripada polisi insurans adalah sangat penting terutamanya ketika anda bergerak di atas jalan raya kerana ia melibatkan pelbagai pengguna jalan raya yang lain. Sebarang kejadian yang tidak diingini mungkin berlaku oleh itu anda akan berasa lebih selamat sekiranya  kenderaan anda telah dilindungi dengan polisi insurans. Namun demikian, tahukah anda ada satu komponen dalam polisi insurans yang akan membantu anda memperoleh ganjaran daripada polisi ini apabila tiada apa-apa kejadian yang berlaku ke atas kenderaan anda sepanjang tempoh perlindungan polisi tersebut. Kompon...

Anak-Anak Yang Lahir Tahun 2013-2015

Image
WAJIB TAHU - DAFTAR ANAK DARJAH 1 . Sesiapa yang mempunyai anak yang lahir pada 2013 (berumur 6 tahun pada 2019), yang lahir pada 2014 (berumur 5 tahun pada 2019) atau yang lahir pada 1.1.2015 (berumur 4 tahun pada 1.1.2019) wajib ambil tahu! . Guideline nya begini . 1) Anda adalah penduduk Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak masih menggunakan borang pendaftaran manual. . 2) Alert dengan website di mana pendaftaran secara online akan dibuka bermula 1 Mac 2019 https://public.moe.gov.my . 3) Perlu print borang yang telah siap diisi nanti bersama dokumen yang diperlukan ke sekolah yang dipohon. Jadi boleh mula siapkan dokumen dari hari ini. . 4) Dokumen yang diperlukan - sijil lahir anak (salinan + asal) - kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal) - surat nikah / cerai (salinan + asal) - bil yang mempunyai alamat tempat tinggal - sampul surat standard dan setem - laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan - semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke ...

Senarai Harga Roadtax Di Semanjung Malaysia

Image
Berikut adalah harga roadtax di Semenanjung Malaysia. Harga Roadtax Perodua – Kembara 1.3cc RM100 – Myvi 1.3cc RM70 – Myvi 1.5cc RM90 – Kancil RM20 – Kelisa RM20 – Alza RM90 – Rusa 1.6 RM120 Harga Roadtax Proton – Saga 1.3cc RM70 – Saga 1.6cc RM90 – Iswara 1.3cc RM70 – Iswara 1.5cc RM90 – Savvy 1.2cc RM55 – Wira 1.3cc RM70 – Wira 1.5cc RM90 – Wira 1.8cc RM279 – Waja 1.6cc RM90 – Gen2 1.3cc RM70 – Gen2 1.6cc RM90 – Exora 1.6cc RM90 – Satria 1.6cc RM90 – Perdana 2.0cc RM380 – Inspira 1.8cc RM279.20 – Inspira 2.0cc RM 379.00 Harga Roadtax Honda – City 1.5cc RM90 – Civic 1.3cc RM70 – Civic 1.5cc RM90 – Civic 1.8cc RM279.60 – Civic 2.0cc RM379 – CRV 2.0cc RM438.80 – HRV 1.8cc RM279.60 – Freed 1497cc RM120 – Stream 1998 RM379 – Accord 2.0cc / 1997cc RM378.50 – Accord 2.4cc RM736 – Elysion 2.4cc RM723.20 – Odyssey 2354cc RM734 Harga Roadtax Toyota – Vios 1.5cc RM90 – Avanza 1.3cc RM70 – Altis 1.8cc RM277.60 – Unser 1.8cc RM354.30  @ ...

THINGS TO CONSIDER BEFORE BUYING A MULTI-COOKER 😉

Image
THINGS TO CONSIDER BEFORE BUYING A MULTI-COOKER 😉 TIP 1 THE STANDARDS OF RICE The cooker should be able to cater for all types of rice. Bukan semua MultiCooker boleh support semua jenis beras 😉 TIP 2 THE STANDARDS OF PRESSURE COOKING The cooker should be able to sustain a high boiling point. Supaya masakan dimasak dengan baik ❤️ TIP 3 THE STANDARDS OF HEATING Choose a cooker with a non-contact heating method to avoid uneven or overcooked rice. The heating time. Kebanyakan Cooker akan buat nasib berkerak bila kita warm kan banyak kali, tapi tidak dengan Cuckoo MultiCooker 😉 TIP 4 THE STANDARDS OF COATING The cooker should have strong resistance to heat and pressure. Choose a cooker with a non-stick inner pot which is easy to clean. Memang tak melekat langsung uols ❤️ Cookers should not leak aluminium into food. Materialnya ialah Stainless Steel , sangat berkualiti san mudah dicuci ❤️ Mengekalkan material dan zat dalam makanan 😊 TIP 5 THE STANDARDS OF SAFE...

10 TIps Penjagaan Kenderaan

Image
RAMAI kalangan kita kerap melakukan kesilapan  penyenggaraan kereta . Paling kerap dilakukan ialah mengambil mudah perkara yang perlu diberikan keutamaan segera. Sesetengahnya tidaklah menelan kos yang besar, cuma sikap kita yang suka menangguh. Akibatnya, benda yang asalnya murah saja, tetapi boleh menelan belanja ribuan ringgit jika kerosakan berlaku. Jangan sambil lewa ok! 1. ABAIKAN AMARAN PERIKSA ENJIN Banyak kes mendedahkan sikap pemandu yang hanya mengabaikan tanda amaran Periksa Enjin  (Check Engine)  yang menyala. Alasannya, kereta masih mampu beroperasi secara normal. Tapi ingat, situasi tersebut boleh menyebabkan kereta anda berhenti beroperasi tiba-tiba. Paling teruk, kos baik pulih menelan belanja besar dan kereta terpaksa bermalam di bengkel berhari-hari lama. Semakin lama anda tidak peduli tentang amaran itu, semakin tinggi pula kos yang bakal dilaburkan. 2. TIDAK PERIKSA TEKANAN TAYAR Ini kesalahan yang biasa dilakukan. Pemandu t...