perkongsian tentang perlindungan insurans
Assalamualaikum semua yang beragama Islam dan Selamat
Sejahtera kepada yang bukan beragama Islam, pada harini saya wakil daripada
Wadrian Global Agency ingin berkongsi dan member penerangan tentang insurans
kenderaan yang anda ambil. Mungkin ada diantara tuan-tuan dan puan-puan telah
maklum.
Sekiranya pelanggan Wadrian Global Agency yang minta quotation
, kami akan memberikan tuan/puan akan di berikan dengan 2 harga bagi kereta
baru iaitu agreed value dan market value. Dan sekiranya ada permintaan yang
ingin kurangkan market value, kami akan berikan penurunan 10% daripada market
value semasa.
Disni kami ingin memberikan satu contoh perbezaan market
value dan agreed value dalam situasi berikut :
1.
Ali membeli kereta produa Myvi dan membuat sewa
beli dengan bank berjumlah RM46,000.00 dengan bayaran bulanan RM580.00 dengan
kadar interest 4% setahun. Setelah menggunakan
kenderaan tersibut selama 2 tahun setengah, akan tetapi berlaku musibah yang
menyebabkan kenderaan tersebut menjadi total lost. Berikut adalah situasi
sekiranya Ali mengambil polisi insurans agreed value atau market value?
Jenis Polisi
|
Agreed Value Cover RM40,000.00
|
Market Value Cover RM 37,000.00
|
Baki Hutang Full Setlement
|
RM 35,760.00
|
RM 35,760.00
|
Nilai Bayaran Insurans
|
RM 40,000.00
|
RM 34,500.00
|
Pampasan/(Kerugian)
|
RM 4,240.00
|
( RM 1,260.00)
|
Disini tuan/puan boleh lihat bawaha sekiranya
Ali mengambil insurans Market Value dalam situasi ini ali perlu menyelesaikan
baki hutang pada bank sebanyak RM 1,260.00 akan tetapi sekiranya Ali mengambil
Agreed Value, pihak insurans membayar wang tunai RM 4,240.00 pada Ali.
2.
Ali membeli kereta Toyota Velfire dan membuat
sewa beli dengan bank berjumlah RM346,000.00 dengan bayaran bulanan RM4,360.00 dengan
kadar interest 4% setahun. Setelah menggunakan
kenderaan tersibut selama 3 tahun setengah, akan tetapi berlaku musibah yang kereta
tersebut hilang. Berikut adalah situasi sekiranya Ali mengambil polisi insurans
agreed value atau market value?
Jenis Polisi
|
Agreed Value Cover RM 260,000.00
|
Market Value Cover RM 235,000.00
|
Baki Hutang Full Setlement
|
RM 235,000.00
|
RM 235,000.00
|
Nilai Bayaran Insurans
|
RM 260,000.00
|
RM 225,000.00
|
Pampasan/(Kerugian)
|
RM 25,000.00
|
( RM 10,000.00)
|
Disini tuan/puan
boleh lihat bawaha sekiranya Ali mengambil insurans Market Value dalam situasi
ini ali perlu menyelesaikan baki hutang pada bank sebanyak RM 1,000.00 bersamaan
2 bulan setengah ansuran bulanan akan tetapi sekiranya Ali mengambil Agreed
Value, pihak insurans membayar wang tunai RM 25,000.00 pada Ali.
Untuk makluman tuan/puan , syarikat insurans juga menawarkan
Diskaun pada setiap pembaharuan pada tahun beriktnya sekiranya tidak membuat
sebarang tuntutan maksimum bagi kereta persendirian sehingga 55%, Motosikal
persendirian 25% dan lori 25% seperti di bawah :
Tahun
|
Kereta
|
Motosikal/lori
|
0
|
0%
|
0%
|
1
|
25%
|
15%
|
2
|
30%
|
20%
|
3
|
38.33%
|
25%
|
4
|
45%
|
25%
|
5 tahun dan berikutnya
|
55%
|
25%
|
Ini adalah bagi menghargai pengguna untuk tidak membuat
tuntutan pada pihak insurans.
Insurans juga ada menyediakan perkhidmatan percuma pada
pelanggan bergantung pada syarikat masing-masing berkenaan perkhidmatan towing
percuma sekiranya berlaku kerosakan. Ada yang ikut KM atau ikut nilai ringgit
setahun. Tuan/puan juga mempunyai hak untuk menambah bagi mengambil pakej tanpa
had dengan mengambil personal accident insurans yang memberi pampasan pada
waris atau pemilik sendiri sekiranya berlaku kemalangan menyebabkan kematian
atau cacat kekal.
Bagi mengelakan hilang kelayakan diskaun pembaharuan
insurans untuk membuat tuntutan cermin kenderaan pecah atau retak, tuan/puan
boleh membuat tambahan kepada cermin dengan kadar 15% daripada harga cermin
yang tuan/puan inginkan. Contoh untuk cover cermin RM 1,000.00, tuan puan perlu
membayar RM150.00.
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa apabila kenderaan
tuan/puan dalam keadaan parking, berlaku bencana alam dan mengalami keroskan,
kenderaan tuan/puan tidak boleh mendapat sebarang tuntutan daripada syarikat
insurans melainkan ada mengambil extra cover untuk bencana alam.
Setakat ini adalah penulisan saya pada harini. Mana yang
baik datanng daripada Allah S.W.T. dan yang tidak baik datang daripada
kelemahan saya sendiri.
Mohon tuan/puan share bagi member manfaat pada orang lain
dan mengambil sebagai iktibar.
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang insurans
kenderaan atau insurans kerja atau insurans rumah boleh hubungi Wadrian Global
Agency atas Talian:
Affiq 012 606 0015
Najwa 014 972 6652
Kami akan bantu anda untuk menguruskan roadtax dan insurann
sampai ke rumah atau pejabat.





Comments
Post a Comment