Beli Kereta Mahal tetapi insurans nak murah




Kisah Benar daripada sumber FB bernama Geld Gleichgesinnten. Kita semua boleh jadikan iktibar supaya tidak ramai lagi yang mengatakan mereka sering ditipu oleh pihak insurans, jangan kerana nak jimat pada masa sekarang teteapi susah kemudian hari.

Beli Volkswagen makan diri jika beli tanpa insurans dengan terma "agreed sum insured"

Dunia aku rasa gelap pada malam aidilfitri lepas. Bila aku keluar dari kereta selepas kereta terbabas dan jatuh ke dalam gaung (10 meter), isteri aku berlari keluar kereta sambil menangis mencari anak-anak yang tercampak keluar dari kereta waktu kereta bergolek 3 kali ke bawah gaung dari atas jalan. Syukur, hanya cedera dan pendarahan tapi seberang benda yg lebih buruk lagi berlaku pada anak anak.

Video kemalangan di sini : https://youtu.be/xSEjAWyeQx4

Malam tu, urusan kemalangan aku Allah mudahkan. Dari ambulans, bantuan orang kampung, wad kecemasan, laporan polis, laporan insurans, kumpul dokumen untuk insurans claim dan rawatan susulan anak yang cedera perlu tukar harian balut luka dia.

Dalam posting ni, aku cuma nak pesan 1 je. Kalau nak beli kereta tu , pastikan insurans korang ada masukkan "agreed sum insured" atau apa saja nama yg setara, zero gap ke...apa ke...

Pasal, benda kalau tak jadi tak apa. Kalau jadi macam aku? Ko sendiri yang susah.

Dalam beberapa hari lepas kemalangan, aku syukur sebab ada kawan2 yg bantu kereta sokongan sampai masalah kereta aku selesai. Aku memang ingat korang tolong aku. Aku ingat.

Waktu ambil insurans dulu, aku tambah special peril, dan windshield. Tapi silap aku tak tambah agree sum insured. Jadi, bila kes aku ni, insurans hanya akan cover maksimum sampai market value kereta.

Engko beli volkswagen, memang aku puji. Kereta VW ni memang comfort. Terbaik dan tip top. Tapi slack dia pada resale/market value especially lepas kes DSG gearbox diorang, harga kereta beli 160k, 3 tahun kemudian jadi Rm50k untuk kereta model Passat.

Untuk kes aku, long story short, aku kena tambah lagi RM15-20k untuk kambus hutang kereta VW aku ni sebelum aku boleh usha pasaran kereta baru/ terpakai.

Jadi, kesimpulannya adalah seperti berikut,  beli kereta beli la apa saja yang kau suka. Tapi belilah sekali dengan "agreed sum insured". Kalau ko tak beli lagi, nanti nak renew road tax, tambah sikit terma agree sum insured ni.  Ha, supaya dapat cover load dekat bank esok just incase apa2 hal.

Aku ni macam jatuh, lepas tu kena timpa tangga. Dahla beraya tak seronok sebab kecederaan semua, tambah lagi masalah hutang kereta jadi bawah BER ni.

Jadi, biarlah benda ni jadi kat aku. Tapi, korang belajarlah dari aku. Belilah insurans kereta dengan agree sum insured. Kalau ko baca mesej posting ni sampai sini, ko memang kawan aku. Aku syg ko. Cepat pergi betulkan polisi insurans.

Tq
Geld Gleichgesinnten

P/S: just google to learn more about “agreed sum insured”

Comments

Popular posts from this blog

Senarai Harga Roadtax Di Semanjung Malaysia

10 TIps Penjagaan Kenderaan

4 Tips Penjagaan Tayar Supaya Tahan Lebih Lama